CCAM sasar jualan filem, drama RM3 juta di Vietnam

HANOI 23 Jun - Pertubuhan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) menjangka negara mampu mencatat jualan drama televisyen (TV) dan filem tempatan di Vietnam mencecah sebanyak RM3 juta menerusi Pameran Filem dan Teknologi Televisyen Antarabangsa Vietnam yang berlangsung dari 19 Jun lalu dan berakhir kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif CCAM, Datuk Mohd. Mahyiddin Mustakim berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai mernandangkan Vietnam mempunyai pasaran pawagam dan TV yang luas untuk diterokai.

Menurutnya, sasaran itu juga melihat kepada kejayaan CCAM mencatat jualan drama dan filem tempatan berjumlah sebanyak RM3 juta sewaktu menyertai Pasaran Filem Istanbul di Turki pada Mac lalu.

Malah, tambah beliau, CCAM juga berjaya menjual produk-produk drama dan filem tempatan dengan nilai mencecah sebanyak RM25 juta sewaktu menyertal Pasaran Filem Cannes di Perancis pada April lalu.

"Apatah lagi, ini adalah kali pertama CCAM cuba mencari pasaran di Vietnam sejak kami ditubuhkan setahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu ditemui selepas Pameran Filem dan Teknologi Televisyen Antarabangsa Vietnam di sini semalam.

CCAM ditubuhkan pada Mac tahun lalu di bawah program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan disokong Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Mohd. Mahyiddin, ekoran sambutan menggalakkan itu CCAM akan terus menerokai pasaran filem tempatan di luar negara pada masa depan termasuk memberi tumpuan kepada festival filem bertaraf antarabangsa seperti di Cannes. Katanya, CCAM mengambil inisiatif membantu para penerbit drama serta filem tempatan dalam usaha memasarkan produk-produk itu terutama di luar negara. Usaha itu, tarnbah beliau, bagi meluaskan pasaran yang semakin berdaya saing serta memerlukan sokongan sernua pihak termasuk kerajaan demi kelangsungan industri tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia